Friday 23 July 2010

A127257 NORIZA LJ01

Pada tangal 12/6/2010 saya telah menduduki tahun kedua di Universiti Kebangsaan Malaysia. Terdapat pelbagai subjek yang perlu diambil untuk memenuhi syarat yang ditetapkan. Di universiti ini terdapat subjek yang perlu diambil sebagai contohnya  u2. Subjek ini diwajibkan kepada semua pelajar. Saya memilih subjek pengurusan emosi kerana ingin menjadi seseorang yang lebih baik dalam mengawal emosi kerana sebelum ini saya mempunyai sikap yang dikatakan agak beremosi contohnya cepat marah dan agak sensitif.

 Pada mulanya saya kurang jelas apakah yang dimaksudkan emosi. Setelah saya menghadiri kuliah pertama dalam kursus ini, saya telah memahami beberapa perkara antaranya ialah berkaitan definisi emosi itu sendiri. Menurut Kleinginna & Kleinginna emosi merupakan satu set yang kompleks iaitu interaksi antara faktor subjektif dan faktor objektif yang diperantaraan oleh sistem saraf hormon yang membawa kepada luahan perasaan contoh takut ,proses kognitif, perubahan fisiologikal dan akhirnya perubahan tingkah laku. Keempat-empat komponen emosi ini adalah saling berkaitan. Emosi mempunyai skop yang lebih luas berbanding perasaan, seterusnya emosi juga menjadi motivasi kepada tingkah laku seseorang.

Saya lebih memahami istilah atau definisi tersebut apabila saya sendiri mengalami interaksi tersebut iaitu luahan perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologikal dan akhirnya  perubahan tingkah laku. Pada suatu malam saya melalui sebuah lorong yang agak sunyi dan gelap. Terdapat sebuah rumah di kawasan tersebut tetapi tiada penghuninya. Rumah itu kelihatan agak suram dan using. Disebabkan tiada pilihan saya terpaksa melalui lorong itu jugak kerana motosikal saya kehabisan minyak. Pada mulanya saya lagak kelihatan berani dan berjalan seperti biasa sambil menghirup udara pada waktu malam yang sangat dingin.

Tiba-tiba angin bertiup dengan kencang seolah-olah terdapat seekor raksasa melewatinya. Saya mula merasa seram dan takut dengan suasana itu seterusnya berfikir apa yang sedang berlaku. Saya merasa bahawa ketika itu saya mengalami perubahan fisiologi iaitu bulu roma berdiri dan saya berpeluh seterusnya jantung saya berdengup dengan kencang sekali , tetapi pada masa yang sama saya cuba untuk menenangkan diri sendiri dengan cuba membacakan  beberapa surah al-Quran contohnya surah ayat kursi. Lama - kelamaan langkah saya semakin laju apabila ternampak seekor lembaga yang berwarna putih dan berambut panjang datang menghampiri saya.

Pada ketika itu perasaan takut menyelubungi diriku ini. Saya hanya mampu membaca beberapa kali ayat kursi. Lama-kelamaan lembaga tersebut lesap dan hilang dari pandangan. Ini menunjukkan ayat –ayat al-Quran amat penting dalam melindungi kita dalam pelbagai situasi atau keadaan yang cemas. Akhirnya saya menghelakan nafas lega kerana Allah melindungi saya dari sebarang bahaya.Perasaan terharu dan bersyukur kepada tuhan yang Maha Esa menyelinap seluruh tubuhku.

Perasaan merupakan salah satu kompenen dalam emosi. Emosi tidak dapat dipisahkan daari motivasi .Emosi seseorang akan menentukan motivasinya.Contohnya perasaan kecewa akan memberi motivasi kepada seseorang untuk berusaha menjadi lebih  baik. Berdasarkan pengalaman saya contohnya pada tangal 2006 saya menuntut di sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Sungai Pasir .Pada masa tersebut saya berada dalam tingkatan 6.Saya  mempunyai seorang kawan yang sangat rapat iaitu bernama Mazalina. Kami sama-sama belajar dan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang seterusnya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Menara Gading. Setelah 2 tahun kami belajar tibalah masa untuk menghadapi peperiksaan iaitu STPM.

Setelah beberapa bulan menunggu keputusan peperiksaan kini masanya untuk mengetahui keputusannya telah tiba .Saya melihat keputusan saya dan terus  meloncat dan menyorak keriangan kerana terlalu gembira. Sedangkan kawan saya bersedih kerana keputusannya agak teruk. Saya turut bersedih dengan nasibnya. Setelah beberapa bulan  saya menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dan sekarang saya berada di pusat pengajian tinggi iaitu di universiti Kebangsaan Malaysia. Saya diberitahu bahawa kawan baik saya tersebut ingin mengambil STPM buat kali kedua. Saya sangat kagum dengan kawan saya dan ini memguatkan pemahaman saya bahawa emosi sedih dan kecewa akan memberi motivasi kepada kawan saya untuk mengambil STPM buat kali kedua walaupun kali pertama adalah gagal. Hal ini menunjukkan bahawa emosi akan memberi motivasi kepada seseorang individu.

Kesimpulannya setelah saya mengikuti kursus pengurusan emosi ini saya dapat mengetahui maksud emosi dengan lebih mendalam , ditambahkan lagi dengan pengalaman yang saya pernah  alami dalam kehidupan seharian akan menguatkan lagi pemahaman saya. Akhirnya saya merasa amat gembira kerana berpeluang mengikuti kursus ini dan saya amat berharap saya dapat melalui dan mengharungi masa  yang akan datang dengan lebih baik.

 


No comments:

Post a Comment