Saturday 31 July 2010

A126968 Liyana LJ02

Emosi…….. Emosi mempunyai pelbagai bentuk dari segi pemahaman dan falsafah iaitu teori evolutionary dan teori pembelajaran dan pengalaman. Apa yang saya ketahui pada kuliah yang telah saya jalani ialah emosi mempunyai peringkat permulaan iaitu evolutionary atau dikatakan peringkat asas. Timbulnya perasaan emosi haruslah mempunyai beberapa peringkat iaitu pertama emosi asas/subjektif, kedua tingkah laku dan terus kepada fungsian. Kelahiran emosi ini tidaklah secara mendadak kerana emosi ini mempunyai susun atur yang tersendiri sebelum emosi itu bertindak dengan lebih jauh lagi. Kadang-kala kita tidak menjangka bahawa pertukaran sesuatu emosi itu terjadi. Contohnya seperti gambar ini:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWHWIUrDH_0gzXdrOFdiH5XrUvMmkc4BRs1H6qRYXSHM_Q8puCll4FTp0XssVKjYJiolNUZH0WtSNnoXxT7ucV_QTl8NnVMZYqagRgLdve4Lyjpk89Rms4wX4rv1OoaMBXDknAvkuyM0c/s400/pendidik+bermuka+dua.jpg

http://coretanpinggir.files.wordpress.com/2008/06/emosi-euro-08.jpg

Seseorang itu tidak akan tahu tentang sebalik emosi yang sebenar yang hanya sekadar berpura-pura sahaja. Hal ini kerana, emosi ini sebagai tingkah laku dan motif yang boleh menjadi emosional yang sebaliknya pada masa-masa tertentu. Kita boleh menilai emosi itu daripada perwatakannya yang pelik atau menjengkelkan dan reaksi mimik muka yang tidak disenangi. Kita boleh lihat darjah kekuatan emosi yang telah saya pelajari iaitu pekembangan emosi daripada 50% ke 80%. Contohnya:

 

http://cyberwoman.cbn.net.id/UserFiles/Image/cyberjob/Career%20Tips/sept08/emosi.jpg                                        http://koran.republika.co.id/images/news/2009/11/20091102122446.jpg

Seseorang itu akan mengalami pekembangan emosi pada tahap yang rendah dan seterusnya kepada tahap yang tinggi seperti contoh di atas. Hal ini bermakna, perkembangan emosi mempunyai hubungan dan perkaitan antara tekanan dan perasaan marah serta akan mengundang perkara yang melibatkan tingkah laku.

Saya ingin menceritakan tentang bibit perasaan "suka" yang menjadi isu saya pada kali ini. "Suka" adalah satu tindakan emosi yang semulajadi. Walaupun apa yang saya akan kongsikan ini merupakan bibit perasaan suka menjurus kepada kasih yang kesampaian dan tidak kesampaian tetapi saya telah mengandaikan tentang emosi tersebut berkaitan dengan satu kritikan seni tentang senyuman. Bagaimana senyuman itu berperanan? Senyuman adalah perasaan gembira yang seperti mana orang kata senyum itu sedap mata memandang. Setiap orang yang akan melihat satu senyuman yang berpaling kepadanya adalah satu petanda bahawa dia sangat senang kepada kita, mulalah kita pasti merasakan orang tersebut suka akan kita. Maka kita mulalah untuk berperasaan. Kadang-kala apa yang kita fikir sebaliknya, senyuman itu satu perkara yang membunuh!!! Mengapa kita perlu berfikir sedemikian? Hal ini kerana, tidak semua orang yang senyum kepada kita kerana dia senang kepada kita malah dia susah hati melihat kita atas contoh dia tidak senang kepada kejayaan yang kita perolehi. Kesimpulannya, pada pendapat saya apa yang saya dapat lihat adalah senyum tidak semestinya kita berasa suka tetapi dalam keadaan yang sama kita tidak tahu seseorang itu merasa sedih walaupun dia menyerlahkan kesenyumannya.

Saya mempersetujui bahawa teori pembelajaran dan pengalaman menjadi satu bentuk emosi yang dipengaruhi oleh persekitaran berdasarkan kuliah yang telah saya lalui untuk minggu ini. Hal ini kerana, terdapat pelbagai senarai dan contoh-contoh yang realistik dan kita boleh fahami bahawa emosi itu juga datang daripada pembelajaran dan pengalaman walaupun ianya adalah sesuatu yang semula jadi daripada kurniaan tuhan. Kesempurnaan yang telah diberikan itu bakal mengubah setiap kehidupan kita walaupun ianya dari segi perubahan emosi dan menjurus memberi kesan kepada masyarakat serta menyebabkan perubahan sosiomasyarakat berlaku. Asas-asas emosi perlu kita ketahui kerana peranan emosi amat penting dalam menilai daripada pandangan sudut yang berbeza bukan hanya menumpukan kepada perkara yang positif malah yang sebaliknya kita perlu ketahui bagaimana ianya terhasil. Sekian.

No comments:

Post a Comment