Wednesday 28 July 2010

A124901 NURUL LJ01

Pada semester ini saya telah memilih subjek pengurusan emosi sebagai salah satu subjek untuk dipelajari. Ternyata banyak faedah yang saya peroleh dari kelas ini walaupun baru pertama kali saya menghadiri kelas bagi subjek ini. Dalam tajuk pengenalan sahaja saya sudah mendapat satu input penting tentang emosi dan cabangnya seperti 'perasaan adalah satu komponen emosi'.


Dalam tajuk pengenalan ini, saya begitu tertarik dengan tajuk sub 'emosi dan motivasi' . Baron & Lagon mengatakan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Saya punya pendapat tersendiri dengan penyataan ini yang mana saya sangat setuju, bahawa emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Kata-kata Lang et al iaitu emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional juga sememangnya tidak dapat disangkal kebenarannya.


Manusia dan emosi tidak dapat dipisahkan. Namun, manusia harus bijak mengendalikan emosi supaya emosi tidak memakan diri. Oleh itu, motivasi diperlukan bagi mengendalikan emosi.


Awal bulan Januari baru-baru ini, saya dan keluarga telah diduga dengan pemergian arwah bapa saya, setelah merana sakit selama dua bulan. Saya merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Dugaan ini sgt besar, sehingga saya merasakan diri saya terlalu lemah untuk bangkit kembali. Lebih-lebih lagi bila ibu dan adik-adik memerlukan semangat saya untuk terus kuat dan meneruskan  kehidupan, saya memerlukan semangat dan kekuatan untuk terus berada di sisi mereka. Dalam pada berusaha untuk terus kuat, saya tidak dapat lari dari mengalami tekanan perasaan dan emosi yang terganggu.  Namun, kerana semangat untuk menghadapi dugaan dan kepercayaan yang mengatakan setiap yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya, akhirnya saya mampu menangani gangguan emosi dan terus bangkit untuk meneruskan kehidupan. Kata-kata semangat dan motivasi sering bermain di bibir, juga di minda. Di kala hati menjadi rawan, hiba memikirkan nasib diri, saya cepat-cepat memotivasikan diri dengan nasihat-nasihat yang di ambil dari pakar-pakar motivasi serta dari laman-laman web mutiara hikmah untuk menguatkan kembali semangat, melawan gangguan emosi. Benar kata-kata Baron & Lagon, yang mana emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Kerana apabila ada nya motivasi, kita dapat mengembalikan keyakinan, minda kembali berfungsi dengan waras, hati menjadi lebih dan masalah-masalah emosi dapat diselesaikan.


Pun begitu, tidak semua individu mampu menjadikan motivasi sebagai pengubat masalah emosi, sebaliknya menjadikan emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif yang akhirnya menjadi emosional. Hal ini kerana, bila emosi yang dijadikan motivasi, emosi yang dijadikan sebagai rujukan, emosi yang dijadikan titik untuk membuat keputusan, segalanya akan bercelaru dan bermasalah kerana apa yang difikirkan dan diselesaikan adalah dalam keadaan yang kurang tenang, yang mana akal tidak dapat berfikir secara waras kerana terlalu emosional. Saya juga kadangkala tidak dapat lari dari kelemahan ini. Terlalu mengikut hati dan emosi yang akhirnya menjadi emosional, tidak menjadikan motivasi sebagai pengubat emosi, akhirnya membuat saya menjadi seorang yang kurang rasional. Pernah suatu ketika, kerana terlalu mengikutkan perasaan, tidak berfikir panjang dan menjadikan motivasi sebagai emosi, saya menjadi seorang yang terlalu sensitif, pemarah dan sering bergaduh dengan adik-adik hanya kerana masalah-masalah yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik. Kerana emosi yang menjadi motivasi, emosional berlaku dan menyebabkan kita menjadi seorang yang kurang rasional. Itulah padahnya.


Berdasarkan pengalaman yang telah saya sendiri lalui, ternyata, apa yang dikatakan oleh Baron & Logan serta Lang et al itu adalah sangat benar dan tidak dapat dinafikan. Emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi, dan, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional.


No comments:

Post a Comment