Friday 30 July 2010

A123875 Nurul LJ02

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari-hari yang saya lalui pada miggu lepas telah dipermudahkan Tuhan.  Walaupun banyak ujian dan dugaan yang telah Allah datangkan, namun datang kemudiannya kemudahan di setiap cubaan.

Alhamdulillah.. SubhanALLAH..

"Jagalah Allah, nescaya engkau akan bersama-Nya.  Kenalilah Allah di waktu lapang, nescaya Dia mengenalimu di waktu kamu dalam kesusahan.  Ketahuilah bahawa segala perbuatan salahmu belum tentu mencelakaimu dan musibah yang menimpamu belum tentu akibat kesalahanmu.  Ketahuilah bahawa kemenangan beserta kesabaran, kebahagiaan beserta kedukaan, dan setiap kesulitan ada kemudahan." (Hadis Tirmizi)

Semester ini adalah satu cabaran buat saya. Walaupun tahun ini bukanlah, tahun saya yang terakhir di sini, tetapi, tugasan dan projek memerlukan komitmen saya yang amat tinggi.  Tambahan pula, saya bergiat dalam aktiviti dakwah. Semuanya benar-benar memerlukan pengorbanan dan ketabahan. Teringat satu kata-kata pujangga, " Orang yang hebat akan diuji dengan ujian yang hebat".

Untuk kuliah kedua pengurusan emosi yang saya hadiri pada minggu ini, saya menganggap ia adalah satu cabaran baru untuk saya dalam memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah.  Mempelajari bidang sastera dengan mendalam adalah berat bagi saya, memandangkan program pengajian yang menjadi pilihan saya adalah bidang kejuruteraan.  Ia memakan masa untuk saya memahami inti penyampaian yang sebenar.  Namun, saya akan cuba sedaya mungkin untuk berfikiran positif. Optimistik!  Berdasarkan apa yang saya pelajari, optimistik adalah salah satu contoh untuk "secondary emotion".  Selain itu, kekecewaan, keagresifan, dan cinta adalah contoh bagi "secondary emotion". 

Emosi juga mempunyai bahasa yang tersendiri, iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian.  Bahasa subjektif ialah seperti gembira, takut dan sedih.  Bahasa tingkahlaku pula adalah merujuk kepada tindakan dari emosi yang telah diransang.  Dan yang terakhir sekali, bahasa fungsian, di mana ia merujuk kepada bagaimana emosi itu sendiri berperanan kepada individu.  Untuk mengaitkan ketiga-tiga bahasa emosi ini, saya akan berikan contoh. Jika seseorang berasa gembira (bahasa subjektif) kerana isterinya telah selamat melahirkan seorang cahayamata, ia akan menyebabkan orang terbabit melompat-lompat kegirangan atau menitiskan air mata kesyukuran (bahasa tingkahlaku). Di sini kita boleh lihat bahawa perasaan gembira itu melambangkan sebagai betapa bersyukurnya dia terhadap pemberian Tuhan.

Di dalam buku "The expression of the emotions in man and animals", mengatakan bahawa  ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang.  Ini adalah kerana muka adalah bahagian badan yang senang dilihat berbanding dengan organ lain.  

Pandangan dari aspek biologi adalah antara salah satu daripada struktur dan ekspresi emosi, di mana ia mengatakan bahawa pembelajaran memainkan peranan di dalam emosi.  Menurut kajian yang dibuat oleh Miller, perasaan takut tiada perkaitan dengan aspek biologi.  Dia menggunakan tikus sebagai alat kajian.  Tikus-tikus itu dikenakan kejutan elektrik.  Dan keputusan menunjukkan bahawa tikus-tikus itu mempelajari perasaan takut.  Manakala, menurut kajian Albert mengatakan bahawa manusia juga boleh mempunyai perasaan takut hasil dari proses pembelajaran.

Sebagai contoh, jika seseorang belajar tentang jenis labah-labah yang berbahaya, dia akan mengetahui bahawa labah-labah jenis "black widow" adalah antara serangga yang berbahaya di dunia. Oleh itu, jika dia terjumpa dengan "black widow", ia akan semulajadi mempunyai perasaan takut.

Baiklah, sambungan dari jurnal yang sebelum ini, saya berjanji akan menulis beberapa perkataan atau ayat di dalam bahasa cina.

Untuk minggu ini, adalah

Wo shi malaixiya ren = Saya adalah rakyat Malaysia.

Ni shi xuesheng = Awak adalah pelajar.

Wo lai zi sen mei lan = Saya datang dari negeri Sembilan.

Sekian, terima kasih..


No comments:

Post a Comment