Friday 23 July 2010

A123875 Nurul LJ01

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Tahun ini, sudah menjadi tahun ketiga saya berada di bumi UKM ini. Namun, inilah pertama kalinya, saya mengambil kursus ini. Namanya sahaja sudah menarik minat saya untuk mendalami kursus ini iaitu "pengurusan emosi" .   Ya, emosi saya perlu diuruskan dengan sebaiknya!

Setelah kami melangkah masuk ke bilik kuliah, tidak lama selepas itu, masuklah seorang pensyarah yang bernama Ahmad Zamri Mansor.  Itu merupakan pertemuan pertama buat kami. 

Selama ini saya mengetahui bahawa "perasaan" tidak sama dengan "emosi".  Namun, tiada sumber yang jelas dan sahih yang membenarkan fakta itu.  Dan, hari yang bersejarah itu akhirnya tiba, iaitu, pada 21 Julai 2010, saya mengetahui akan penjelasan tentang perkara itu.

 Ya, benar!  "Perasaan" tidak sama dengan "emosi".  Akan tetapi, ia adalah salah satu komponen dari emosi.  Selain dari perasaan (affective experiences), terdapat tiga lagi komponen yang merangkumi  emosi iaitu, "cognitive process", "physiological adjustment", and "behavior".

Mengikut Baron & Logan (1993), "Emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi".  Apabila saya mendengar fakta ini, saya mula merenung ke dalam diri saya. Ternyata, ia adalah benar. Pernah suatu ketika dahulu, saya merasa sedih dengan kehilangan pensyarah saya.  Beliau sangat dedikasi dan amanah terhadap pekerjaannya.  Sudah setahun, beliau pergi meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya.  Dan malam itu saya terdengar satu ceramah yang menenangkan hati saya.  Ingin saya petik disini ayat yang disebutkannya, iaitu surah Al-Mulk ayat 2 (67:2).

" Yang menciptakan  mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu lebih baik amalnya.  Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun."  (Al-Mulk:2)

Semua yang bernyawa akan akan merasai mati.  Sesungguhnya jiwa adalah milik ALLAH dan ia akan

dikembalikan kepada ALLAH suatu masa kelak.  Tapi mahukah jiwa yang dipinjamkan kepada

kita itu  dikembalikan dalam keadaan dipenuhi dosa dan noda?  Alangkah murkanya empunya

jiwa bila kepunyaannya itu, kita kembalikan dalam keadaan ternoda dan alangkah sukanya

empunya jiwa bila ianya dikembalikan dikembalikan dalam keadaan suci dan terpelihara.  Jiwa

adalah penyempurnaan anggota, tanpa jiwa layulah anggota dan bisulah segala-galanya.

 

Malam itu juga, emosi saya yang dahulunya tidak stabil, akhirnya akhirnya sedikit demi sedikit menjadi lebih stabil.

 

Di dalam sesi kuliah pengurusan emosi itu, saya mendapat tahu bahawa bukan semua pendorong adalah berasaskan kepada emosi.  Kadangkala, terdapat perkara lain yang boleh menjadi pendorong seseorang untuk melakukan sesuatu.

Sebagai contoh, seseorang itu akan belajar dengan tekun adalah disebabkan oleh motif untuk mencapai kejayaan.  Begitu juga, jika seseorang itu makan,  adalah disebabkan oleh rasa lapar bukan kerana dia beremosi.  Saya mempunyai impian daripada dahulu sehinggalah ke hari ini.  Saya ingin melanjutkan pelajaran ke negara orang.  Antara negara yang menjadi pilihan saya adalah negara China dan negara Korea.  Saya ingin ke sana kerana saya suka akan budaya,bahasa, makanan, pakaian tradisional mereka dan juga empat musim yang berlaku di sana. Oleh sebab itu, saya merasa terdorong untuk belajar dengan lebih tekun dan serius setiap kali saya terfikir akannya.  Tambahan pula, saya sudah mula belajar bahasa Cina.  Alhamdulillah, saya boleh berkomunikasi dengan sahabat-sahabat saya yang berbangsa Cina.  Di dalam jurnal-jurnal yang akan datang, saya akan cuba untuk memberitahu beberapa perkataan atau ayat-ayat  yang mudah dalam bahasa Cina.

Untuk minggu ini, perkataannya ialah :

Ni hao = apa khabar?

Wo hen hao = saya sihat.

Sekian. Jumpa lagi di dalam jurnal yang akan datang..! Assalamualaikum and goodbye..

                                                                       



No comments:

Post a Comment