Thursday, 29 July 2010

A123114 DILA LJ02

Pada kelas minggu yang kedua saya telah belajar serba sedikit tentang pengenalan apa itu emosi dan adakah emosi itu sama seperti perasaan, komponen-komponen emosi dan alat pengukuran yang selalu digunakan untuk mengukur emosi serta emosi dan motivasi. Dari kuliah kedua saya telah dapat membezakan emosi dan perasaan ini kerana emosi dan perasaan merupakan sesuatu yang berbeza malah perasaan hanyalah komponen kepada emosi. Pada minggu ini iaitu perkuliahan ketiga En. Ahmad Zambri telah mengajar tajuk yang seterusnya berhubung dengan struktur asas emosi. Rupanya emosi ini juga mempunyai struktur asanya dan struktur dan ekspresi emosi telah diterangkan bermula dengan evolusi atau teori biologikal dan kemudian lahir teori asas emosi oleh Darwin yang memang terkenal dengan teori evolusinya yang berkaitan asal-usul manusia daripada beruk. Seterusnya lahir pula emosi primari. Selepas daripada Darwin ini beberapa teori berkaitan emosi telah dilahirkan dan mereka adalah 3 orang individu yang berbeza iaitu Plutchik's, Tomkin's dan Izard's. Bagi learning journal kali ini saya ingin menyentuh teori yang dikemukan oleh Plutchik's kerana teori mereka paling dekat dihati dan senang juga untuk difahami dan dikaitkan dengan pengalaman kehidupan seharian.

 

Plutchik's telah mengemukakan teori bekaitan emosi primari. Dibawah teori ini beliau telah memecahkan kepada tiga iaitu bahasa emosi, asas reaksi adaptif dan dimensi emosi. Bahasa emosi menurut Plutchik's terdapat tiga dan yang pertama adalah bahasa subjektif. Bahasa subjektif ini merupakan bahasa yang selalu kita akan luahkan apabila terjadi sesuatu. Saya selalu juga akan menyatakan emosi saya kepada rakan dengan rakan samada takut, Marah atau benci. Saya pernah menyatakan perasaan takut kepada rakan saya yang menemani saya ketika membeli belah barang makan. Emosi takut ini terjadi kerana saya terjatuhkan botol butter dan mengakibatkan penutup botol itu pecah. Saya memberitahu kepada Ayu yang saya takut jika ada pekerja disitu melihat perkara yang terjadi dan meminta ganti rugi daripada saya. Yang kedua adalah bahasa badan. Bahasa badan seperti mana yang saya fahami menceritakan tentang reaksi atau tingkah laku yang akan dilakukan setelah memahami emosi yang tercetus pada masa itu. Bahasa badan ini boleh dikaitkan dengan peristiwa sedih yang tidak akan saya lupakan dalam hidup saya. Apabila saya mengetahui arwah adik saya terlibat didalam kemalangan emosi saya pada saat itu bercampur-baur kerana saya merasa takut, sedih dan risau. Saat menerima berita kematian arwah saya cuba untuk tidak menangis dengan hiba dihadapan kaum keluarga tetapi emosi sedih yang begitu kuat menyebabkan saya tetap mengalirkan airmata dan mengambil masa agak lama untuk meredakan airmata daripada terus mengalir keluar. Pecahan terakhir dalam bahasa emosi adalah bahasa fungsian. Bahasa fungsian ini memberitahu apakah yang dilakukan oleh emosi terhadap seseorang. Bahasa fungsian ini dapat dilihat seperti seseorang yang takut (bahasa subjektif) untuk melalui lorong yang gelap maka mereka akan cuba mengelak (takut dan mengelak - bahasa fungsian) untuk terus menggunakan lorong yang gelap itu dimana fungsi bahasa akan berperanan dalam sesuatu keadaan.

 

Untuk asas reaksi adaptif pula melibatkan 8 asas emosi iaitu takut, jijik, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Reaksi adaptif ini boleh digambarkan sebagai empat pasang kutub yang bertentangan dan antaranya adalah penggabungan lawan kepada penolakan. Situasi ini dapat dilihat dalam kehidupan saya sendiri yang telah bergabung dengan satu kumpulan yang masih saya tidak kenali dengan rapat. Apabila saya mendapati ada segelintir daripada mereka agak kontra dengan saya makan saya telah merasa penolakan dalam diri saya sendiri untuk keluar daripada kumpulan yang saya sertai itu. Seterusnya adalah perlindungan lawan kepada kemusanahan serta orientasi lawan kepada penerokaan. Bagi bahagian terakhir bagi teori Plutchik's adalah dimensi emosi. Dimensi emosi ini terbahagi kepada tiga iaitu intensiti yang merujuk kepada sejauhmana tahap emosi yang kita alami contohnya emosi sedih yang saya rasai ketika kehilangan adik saya begitu kuat sehingga saya begitu mudah untuk menangis. Yang kedua adalah kesamaan yang menyatakan sedih lebih dekat kepada takut dan terakhir adalah bertentangan iaitu benci lawan kepada suka.

No comments:

Post a Comment