Friday 30 July 2010

A 134116 GOH KOK THAI LJ02

 

     Salam sejahtera,salam satu UKM dan salam satu Malaysia. Pada hari Rabu ini, 28/7/2010 kami mempunyai kuliah pengurusan emosi. Pada minggu yang lepas, saya merupakan salah seorang yang menghantar jurnal pada hari jumaat malam, pukul 11.16pm. Nasib baik lagi dapat hantar sebelum hari Sabtu. Kerana ini, Pensyarah telah menasihatkan kami supaya buat jurnal ini dengan awal kerana ada makna-makna penting di sebaliknya. Jadi, saya membuat keputusan untuk berubah dan hantar jurnal lebih awal daripada had waktu penghantaran yang diberi.

     Hari ini, kami telah mempelajari tentang structure and expression of emotion dan juga the experience of emotion. Dalam structure and expression of emotion, saya memahami hanya beberapa emosi yang asas seperti gembira, sedih, takut dikenali sebagai 'primary emotion'. Emosi asas ini merupakan sebahagian sifat semulajadi(innate) daripada manusia. Dan primary emotion ini juga meliputi dua teori, iaitu Evolutionary/Biological theories dan Learning theories.

     Dalam Evolutionary/Biological theories, Darwin's Basic Theory of Emotion merupakan asas teori ini dan disambungkan dengan Plutchik's Primary Emotion Theory, Tomkin's Facial Feedback Theory dan juga Izard's Innate Facial Expression. Dalam  Darwin's Basic Theory of Emotion ,saya difahami dengan emosi primary merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diexpresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Selain itu, teori ini juga menyatakan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi kerana perubahan muka senang dibaca dan bukannya organ-organ lain. Walaubagaimanapun, teori juga mempunyai kebaikan dan ketidaktepatannya. Ketepatannya merupakan nervous system dapat mencetuskan beberapa emosi kami dan ketidaktepatannya adalah emosi primary ini sebenarnya tidak wujud dan emosi dihasilkan daripada beberapa element.

     Dalam Plutchik's Primary Emotion Theory pula, ia mengandungi 3 aspek iaitu Language of emotion, Basic adaptive reaction dan Dimensions of emotion. Dalam Language of emotion   ini,saya difahami emosi dapat digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza. 3 bahasa itu merupakan bahasa subjektif, bahasa tingkah laku(tindakan susulan dari emosi) dan bahasa fungsian. Sebagai contoh, perasaan gembira(bahasa subjektif) dapat menyebabkan  seseorang itu melompat(bahasa tingkah laku) kerana berasa enjoy(bahasa fungsian). Dalam  Basic adaptive reaction pula, saya difahami emosi-emosi yang lebih lanjut, ia bermula daripada 8 perasaan yang asas. Dalam  Dimensions of emotion, mempunyai 3 dimensi yang penting, iaitu Intensity(darjah kekuatan emosi), similarity(takut dan sedih lebih dekat daripada takut dan gembira), dan Polarity(kekutuban).Dengan melihat model Plutchik, saya dapat memahami emosi-emosi yang lebih kuat berasas daripada emosi-emosi asas seperti gembira+terima boleh membawa emosi yang lebih lanjut seperti cinta.

     Dalam Tomkin's Facial Feedback Theory pula, rupa-rupanya bukan seseorang gembira baru senyum sebaliknya senyum boleh mengembirakan seseorang itu tersebut. Ayat ini saya rasa meaningful. Terdapat juga critikan terhadap teori ini, seperti perubahan muka seseorang bukan semestinya berasaskan emosi seseorang itu. Saya juga pernah mengalami situasi ini dengan member senyuman yang artificial(bukan berasal dari hati) kepada kawan yang memburukan nama seseorang pensyarah. Dalam Izard's Innate Facial Expression, teori ini mengambarkan hampir semua Negara yang dikaji dapat membezakan emosi-emosi melalui foto-foto muka.

      Learning theories menyatakan bahawa semua emosi dapat dipelajari dan emosi tidak berkaitan dengan fakta-fakta biologi. Sebagai contoh, saya dapat merasai perasaan takut dengan jantung yang berdebat-debat setelah nyaris dilanggar oleh lori. Dalam semua teori yang saya pelajari, semua teori mempunyai ketepatan dan juga kekurangan masing-masing. Pada pendapat saya, emosi merupakan suatu perkara yang sungguh subjektif, sukar untuk membezakan betul atau salah, dan ini hanya depends on people how their think and their characteristic. Sekian,terima kasih.#END   ic Theory of Emotion

 

No comments:

Post a Comment